Friday, August 17, 2012

raya yang hambar

assalamualaikum.

lagi dua hari kita nak raya.aku tengok kawan-kawan kat facebook tak sabar nak sambut raya tapi aku tak rase pape.rase kosong lagi ada la.maklum la raya tahun ni akak n abang aku raya kat rumah mak mertua masing-masing.raya ketiga baru balik sini so tinggal la kami yang bujang-bujang ni beraya sendirian.sepupu yang paling rapat pun raya kat sabah.first time tak dapat raya sama sedih betul. kuih raya pun buat ala kadar je n paling best aku buat kuih paling senang sekali dalam dunia.mak pun kata buat jela pape.dia pun tak kesah.aish ape nak jadi la raya kali ni.rase macam tak best plak.

lepas raya aku kene tunggu satu keputusan yang mendebarkan.if tak ada rezeki terpaksa ikut plan kedua yang memang aku tak pernah terfikir aku akan ikut plan tu.kawan-kawan ramai yang yakin aku mesti dapat tapi hati aku rase kosong.tu pun antara perkara yang buat aku sedih sekarang ni walaupun luaran nampak macam aku tak fikirkan hal tu.dalam hati perasaan risau hanya Allah yang tahu tapi aku percaya setiap yang berlaku Allah telah rancang sebelum kita dilahirkan lagi.kalau Allah tak beri sesuatu yang aku inginkan, mungkin Allah nak ganti dengan sesuatu yang lebih baik.yang penting aku dah cuba sedaya upaya.tinggal tunggu segala kemungkinan.aku ingat lagi mase nak hantar resume untuk apply nak buat latihan industri.dalam kepala aku dah set  yang aku tak nak praktikal kat kilang. tak nak praktikal kat company selain melayu and tak nak company swasta sebab aku takut, aku tak dapat selesaikan praktikal dengan baik hanya berbekal kan ilmu aku yang ciput ni tp last-last aku dapat semua yang aku tak nak.bulan pertama menangis bagai nak rak sbb pressure.bila dah lama-lama aku fikir balik, tak guna aku nanges sebab Allah beri sesuatu yang aku perlukan bukan yang aku inginkan.walaupun mengalami kesukaran dalam latihan industri tapi aku dapat pengalaman yang kawan-kawan lain tak dapat. Alhamdulillah :) sekarang ape yang aku perlukan adalah semangat dan kekuatan untuk aku mengharungi hari-hari yang mencabar.bila aku rase aku tak mampu lakukan sesuatu, ape yang aku fikirkan adalah hari-hari yang sukar semasa aku buat praktikal.

Ya Allah, aku yakin hanya Engkau yang maha mengetahui segalannya dan aku yakin Engkau akan memberi hanya yang terbaik untuk umatMu.walau apa pun yang berlaku selepas ni, aku redha :)

Thursday, June 21, 2012

hye baby hey!

assalamualaikum :)

bulan 4 2012 bulan yang paling special sebab aku dapat 2 baby dalam bulan tu.macam aku yang bersalin plak yer.hehe.oh no! kalau aku bersalin mau mengamuk mak aku.huuuu.selisih malaikat 44 =.='
aku tak tahu nak tunjuk gambar dulu ke or nak explain dulu tapi better korang tengok gambar la yer. diharap jangan terkejut sebab ape yang korang nampak sat g semua nya benar-benar belaka.kih3..
meh2 kite tengok gambar bby yang comel n cute....



terkejut tak tengok saiz bby yang sebelah kanan tu? meh i explain lebih detail.yang sebelah kiri tu namanya AISH LUT. lahir pada 28/4.dia ni anak kakak sepupu aku.muka dia mcm ada chinese looks skit kan? tp ayah dia bukan chinese tau.kakak sepupu aku ni kahwin dengan orang sabah.tak dinafikan la orang sabah bole tahan hensem :P haha sebab tu la mata anak dia sepet.dia ni lahir ikut tingkap.tau tak tingkap tu ape? tingkap tu operation la (dulu aku pun tak tahu,mak aku yang cakap.hehehe). hari ni first time aku dapat jumpa aish ni sbb sepupu aku ni bersalin kat sabah. berat dia aku tak pasti tapi dia tak besar sngt cuma tinggi.

si debab yang sebelah kanan tu anak saudara aku aka anak kakak aku yang number 3.ni anak kakak aku yang ketiga.nama dia IRSYAD HAMDI.lahir pada 18/4. sepatutnya lahir 1/5 tapi dia excited nak main dgn abg n akk dia sebab tu la dia keluar awal..haha.ikut suke aku je.mase dia lahir berat dia 3.4 kilo.then beberapa hari lepas tu dia kene kuning so akak aku ni sumbat la dia dengan susu setiap jam.mesti paksa dia minum susu.sekarang baby2 ni dah dua bulan n anak buah aku ni berat dia dah lebih 5 kilo.korang tengok gambar je korang msty boleh bayang betapa besarnya anak buah aku sorang ni.memang chubby giler ok.aku pun geram tengok dia.kalau dia balik, mak ayah aku memang bising kat aku la sebab asik nak gomol dia je.mane la tak gomol.pipi dia tembam sangat.dukung dia 5 minit pun tangan aku dah terasa lenguh weyh.dia kalau malam minum susu setiap setengah jam.mane la tak tembam macam ni kan.mase mak ayah aku tengok gambar budak dua orang ni, diaorang paling terkejut la tengok cucu diaorg yang sorang ni macam kene pam.dua kali ganda dengan saiz aish padahal selisih sepuluh hari je.ok bukan mak ayah aku je tapi semua yang nampak terkejut tengok perbezaan diaorang.akak aku la yang paling best, bila letak bebudak ni sebelah menyebelah baru la dia perasan yang anak dia ni debab.sabar jela.kiteorang semua dah rase dari dulu dah :P
haha.pape pun aku happy sebab dapat 2 baby boy yang comel and sihat-sihat belaka.hopefully diaorang akan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh.in sya allah.

i love u all lah :)

Thursday, May 24, 2012

:(




is it true? :(

Thursday, April 26, 2012

Wednesday, April 25, 2012

:)



insyaalllah dengan izin Allah :)

Sunday, April 22, 2012

anak solehah



Mak  : tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : sebab saya anak mak kan?
Mak  : tapi ada alasan lain yang lebih hebat dari itu..
Anak: apa tu mak?
Mak  : kerana boleh jadi kamulah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan    memukul jasad mak nanti.
Anak : mak! janganlah.
Mak  : jadi anak solehah yer..mak perlukan doamu di sana. 

mak itu lantas menitiskan air mata cinta 

p/s : sedih pas bace artikel ni. insyaallah aku juga ingin menjadi seorang ank yang solehah kepada kedua ibu bapa ku agar meraka tidak akan diseksa di akhirat nanti   :')


copy and paste dari page Hati Lagi Penting Laaa Weyyy 


Thursday, March 29, 2012

titisan air mata +.+

assalamualaikum.
best friend aku bagi sebuah lagu kat aku.dia suruh aku dengar lirik dalam lagu tu.lagu tu yang korng tengah dengar sekarang ni.mula-mula dia bukak lagu ni aku buat tak tahu je sebab dia bukak time keje so aku tak de feel la sangat.bila balik rumah aku tergerak hati nak bukak and hayati lirik lagu.lagu ni memang boleh buat aku nanges bila dengar sorang-sorang.rase menusuk di jantung gitu.jangan la buat saya nanges T_T
dia suruh aku buat tapi aku belum cukup kuat untuk buat apa yang kawan aku sarankan.nanti la.bila aku cukup kuat untuk terima apa saja petunjuk,insyaalah aku akan buat dengan rela hati.

i am not a strong gurl!

Pages

Powered by Blogger.
↑
up