Friday, August 17, 2012

raya yang hambar

assalamualaikum.

lagi dua hari kita nak raya.aku tengok kawan-kawan kat facebook tak sabar nak sambut raya tapi aku tak rase pape.rase kosong lagi ada la.maklum la raya tahun ni akak n abang aku raya kat rumah mak mertua masing-masing.raya ketiga baru balik sini so tinggal la kami yang bujang-bujang ni beraya sendirian.sepupu yang paling rapat pun raya kat sabah.first time tak dapat raya sama sedih betul. kuih raya pun buat ala kadar je n paling best aku buat kuih paling senang sekali dalam dunia.mak pun kata buat jela pape.dia pun tak kesah.aish ape nak jadi la raya kali ni.rase macam tak best plak.

lepas raya aku kene tunggu satu keputusan yang mendebarkan.if tak ada rezeki terpaksa ikut plan kedua yang memang aku tak pernah terfikir aku akan ikut plan tu.kawan-kawan ramai yang yakin aku mesti dapat tapi hati aku rase kosong.tu pun antara perkara yang buat aku sedih sekarang ni walaupun luaran nampak macam aku tak fikirkan hal tu.dalam hati perasaan risau hanya Allah yang tahu tapi aku percaya setiap yang berlaku Allah telah rancang sebelum kita dilahirkan lagi.kalau Allah tak beri sesuatu yang aku inginkan, mungkin Allah nak ganti dengan sesuatu yang lebih baik.yang penting aku dah cuba sedaya upaya.tinggal tunggu segala kemungkinan.aku ingat lagi mase nak hantar resume untuk apply nak buat latihan industri.dalam kepala aku dah set  yang aku tak nak praktikal kat kilang. tak nak praktikal kat company selain melayu and tak nak company swasta sebab aku takut, aku tak dapat selesaikan praktikal dengan baik hanya berbekal kan ilmu aku yang ciput ni tp last-last aku dapat semua yang aku tak nak.bulan pertama menangis bagai nak rak sbb pressure.bila dah lama-lama aku fikir balik, tak guna aku nanges sebab Allah beri sesuatu yang aku perlukan bukan yang aku inginkan.walaupun mengalami kesukaran dalam latihan industri tapi aku dapat pengalaman yang kawan-kawan lain tak dapat. Alhamdulillah :) sekarang ape yang aku perlukan adalah semangat dan kekuatan untuk aku mengharungi hari-hari yang mencabar.bila aku rase aku tak mampu lakukan sesuatu, ape yang aku fikirkan adalah hari-hari yang sukar semasa aku buat praktikal.

Ya Allah, aku yakin hanya Engkau yang maha mengetahui segalannya dan aku yakin Engkau akan memberi hanya yang terbaik untuk umatMu.walau apa pun yang berlaku selepas ni, aku redha :)

Pages

Powered by Blogger.

up