-------------------------------------------------------------------------------------------------
RUSUK YANG HILANG
sebuah senja yang sempurna, sepotong donut, dan lagu cinta yang di buai indah. adakah lebih indah dari itu bagi sepasang manusia yang sedang memadu kasih? Adam dan Hawa duduk di tepian pantai, berkongsi gelak tawa, gurau senda. segalanya indah. Hawa memulakan bicara, mencari kepastian cinta.
Hawa: siapa yang paling kamu sayang dan cinta di dunia ini, sayang?
Adam: sudah pasti, kamu, sayang. apa yang ada di fikiran dan hatimu?
Hawa: siapa saya dalam hidup kamu?
Adam: (berfikir sejenak, lalu menatap wajah Hawa dengan pasti). kamu tulang rusukku, sayang! ada tertulis, Allah melihat bahawa Adam kesepian, saat Adam tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan mencipta Hawa. semua kaum Adam mencari rusuk nya yang hilang dan saat menemukan Hawa untuknya, tidak lagi merasa sakit di hati. percayalah sayang, kamulah rusukku yang hilang.
setelah mendirikan rumah tangga, Adam dan Hawa melalui saat-saat manis bersama. namun, panas tidak sampai ke petang, hujan menjenguk di tengahari. mereka mula sibuk dengan tugas dan kerja masing-masing. kehidupan rumahtangga semakin membosankan. sudah tiada masa bersama. sudah tiada gelak tawa, senda gurau. segalanya hambar dan sepi. semakin lama, hubungan mereka semakin keruh.
Hawa mula rasa disisihkan. tiada lagi pujian untuknya, tiada lagi gelak tawa memecah sunyi, tiada lagi senda gurau yang menjadi penyeri rumahtangga. saat itu, air mata menemani Hawa sepanjang amsa. dia berusaha sekuatnya untuk mempertahankan hubungan. mengorban kan hati dan perasaan. supaya Adam faham, dia akan setia bersama Adam.
namu, hati wanita terlalu lembut. Hawa bagai hilang punca dan arah pabila cinta nya di sia-siakan begitu sahaja. janji yang Adam tuturkan baginya smeua palsu. labtas, dia bertindak melarikan diri. keluar dari ruma saat pertengkaran panas terjadi di suatu senja. sebelum melangkah keluar dari pagar, Hawa sempat berteriak
" kamu dah tak perlukan saya! kamu dah tak cintakan saya! dan tidak menyayangi saya! "
bagi Adam, Hawa bersikap kebudak-budakan. tidak matang. tanpa dia sedar, Hawa telah banyak berkorban hati dan perasaan untuknya. lantas membalas teriakan Hawa
" aku menyesal beristerikan kau! kau ternyata bukan rusukku yang hilang! "
lancang benar Adam mengeluarkan kata. Hawa terdiam dan terpaku. matanya mula menerbitkan titisan jernih. terpaku menatap Adam. seakan tidak eprcaya dengan apa yang Adam katakan. hatinya yang sudah remuk kini hancur bagai digilis keretapi. dengan nada amat sayu, Hawa mengucapkan
" kalau saya bukan rusukku yang hilang, lepaskan saya dan biarkan saya pergi. biar kita berpisah mencari pasangan sejati masing-masing "
penyesalan tiada guna. Adam kesal dengan apa yang dikatakan. semuanya seperti halilintar. tiada lagi cinta yang menemani hari-harinya. tiada lagi senda gurau gelak tawa dari Hawa. tiada siapa lagi yang menjaga makan dan pakainya. tiada teman di sisi. sunyi. segalanya sepi.
limma tahun sudah berlalu. Adam masih bersendirian. dia masih berusaha mencari di mana Hawa nya yang telah dia lepaskan atas kebodohan diri nya sendiri. berita yang sampai di cuping telinganya, Hawa bernikah dengan yang lain, jua telah berpisah. Adam kecewa kerana Hawa tidak memberinya peluang untuk mereka bersama kembali. melengkapi semula kehidupannya. Hawa tidak lagi memberi ruang kepadanya.
di suatu malam, saat menghirup udara segar bersendirian bersama secawan kopi, Adam tiba-tiba merasakan sakit di bahagian dadanya. tapi ego menguasai diri. walau dia sebenarnya amat merindukan Hawa.
suatu hari, dengan izin Allah, mereka bertembng di airport. Adam memulakan kata. harapannya agar cinta mereka berputik semula
Adam: kamu apa khabar?
Hawa: Alhamdulillah, sihat. kamu dah jumpa rusuk mu yang hilang?
Adam: (seakan tersentak dengan pertanyaan itu, tidak sangka Hawa masih berpegang akan kata-katanya). Belum
Hawa: saya mahu ke Itali. sendirian pasti.
Adam: berapa lama?
Hawa: dua minggu, insyaAllah.
Adam: dah balik nanti, boleh contact saya semula? saya tak tukar number. boleh ya?
Hawa tersenyum manis. senyuman yang pernah membuat dia bahagia suatu ketika dahulu. lantas, Hawa berlalu pergi.
" Assalamualaikum."
seminggu kemudian, Adam mendengar berita, Hawa kecelakaan jalan raya. dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ. Malam itu sekali lagi, sedang menghirup udara segar bersama secawan kopi, sakit dada nya datang kembali. ternyata, sakitnya itu kerana, Hawa adalah tulang rusuknya. perginya Hawa, meninggalkan sakit di rusuknya yang hilang.
penyesalan yang tiada berkesudahan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------




No comments:
Post a Comment